KEMPEN KEBERSIHAN


Ahli Jawatakuasa takmir dan para jemaah mengadakan kempen membersihkan kawasan masjid dengan kerjasama Pasukkan Bomba dan penyelamat.

KELAS ASAS MENGENAL TAJWEED


Kelas Al Quran dewasa lelaki dan para jemaah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Sahari bin Hj Sulaiman.

BENGKEL MARI BERCERITA


Bersempena dengan cuti panggal sekolah ini, kelas Al Quran dan Muqaddam telah mengadakan aktiviti bengkel mari bercerita.

HARI BERMULA MENGGUNAKAN

Pada hari Khamis malam Jumaat 24hb Jamadilawal 1426H bersamaan dengan 30hb Jun 2005M,bermulanya penduduk Kampong Sungai Kelugos mendirikan solat Fardhu Maghrib berjemaah.

Mula-mula pada petang Khamis majlis di mulai dengan bacaan Ayat-ayat suci Al Quran dan seterusnya Azan Maghrib oleh Yang Mulia Imam Hj Abd Aziz bin Badul, Imam Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, manakala Solat Fardhu Maghrib dan Isyak di imamkan Oleh Yang Mulia Awg Omarali bin Hj Ahmad, Imam Masjid Kampong Sunagi Kelugos Tutong.

Majlis di mulai dengan bacaan Surah Yasin dan doa kesuyukuran. Hadir pada malam itu Yang berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Hj Muhammad Taha bin Abd Rauf, Penghulu Mukim Keriam Tutong.

Jumaat – Khatib dan Imam Solat Fardhu Jumaat oleh Yang Mulia Ust Zulkifli bin Hj Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Turut hadir sama Ust Hj Mohd Zain bin Muntol, Ketua Pegawai ugama Daerah Tutong dan Ust Hj Kahar bin Hj Husin, Pmk Pengarah Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

PENYERAHAN ANAK KUNCI

Pada pagi hari Khamis, 23hb Jamadilawal 1426H bersamaan dengan 30hb Jun 2005M – Penyerahan anak kunci Masjid bagi bermula untuk penduduk kampung mendirikan solat fardhu lima waktu, solat jumaat serta lain-lain kegiatan takmir masjid.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa disampaikan oleh Yang Mulia Awg Omarali bin Haji Ahmad.

Hadir menyerahkan anak kunci dari Syarikat Bakkente Const. Sdn bhd. Eliseo Abesamis menyerahkan kepada Yang Mulia Dayang Hjh Siah binti Amat, Pmk Pengarah Perkhidamatan Teknikal Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam, Menyerahkan kepada Yang Mulia Ust Hj Abd Kahar bin Hj Husin Pmk Pengarah Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan diterima oleh Yang Mulia Awg Omarali bin Hj Ahmad, Imam Masjid Kampong Sungai Kelugos Tutong.

REKABENTUK MASJID

Pembinaan Masjid ini menelan belanja BND$1,209,958.00

Adalah rekabentuk yang mengambil kira beberapa aspek penting iaitu Rekabentuk yang boleh menampung keramaian jemaah seramai 700 orang dan 100 orang perempuan. Perancangan rekabentuk mengambil kira keperluan tambahan yang akan datang.

Rekabentuk ini juga mengambil kira kerja-kerja pembaikan yang perlu dibuat. Rekaberntuk bumbung masjid hanya yang mempunyai " complimentary dome" yang kecil.

Bahan-bahan binaan yang digunakan akan diperolehi daripada pengeluar tempatan sejauh mana yang boleh. Bahan yang telah dikenal pasti ialah seperti cement, batu bata, atap, chat, ukiran khat dan pembinaan reka bentuk dalaman yang mengunakan
kayu tempatan.

Rekabentuk juga memaparkan senibina melayu yang berunsurkan ciri-ciri islam dan keberuneian

MEMBERSIHKAN DEWAN DAN LAIN-LAIN

Hampir siap pembinaannya penduduk kampung mengadakan kempen membersihkan dewan sembahyang dan lain-lain iaitu pada pagi Jumaat 14hb Safar 1426H bersamaan 25hb Mac 2005M.

 Yang Mulia Dato Paduka Hj Abd Rahman bin Hj Mohiddin, Setia Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Hadir Sama

 Yang berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Hj Muhammad Taha bin Abd Rauf, Penghulu Mukim Keriam Tutong.

 Yang Mulia Ust Hj Ismail bin Hj Manaf, Pengarah Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darssalam.

 Yang Mulia Ust Hj Mohd Zain bin Hj Muntol, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

 Yang Mulia Awg Hj Ismail bin Hj Mohamad, Ketua Kampong Sungai Kelugos Tutong.