Pada hari Khamis malam Jumaat 24hb Jamadilawal 1426H bersamaan dengan 30hb Jun 2005M,bermulanya penduduk Kampong Sungai Kelugos mendirikan solat Fardhu Maghrib berjemaah.
Mula-mula pada petang Khamis majlis di mulai dengan bacaan Ayat-ayat suci Al Quran dan seterusnya Azan Maghrib oleh Yang Mulia Imam Hj Abd Aziz bin Badul, Imam Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, manakala Solat Fardhu Maghrib dan Isyak di imamkan Oleh Yang Mulia Awg Omarali bin Hj Ahmad, Imam Masjid Kampong Sunagi Kelugos Tutong.
Majlis di mulai dengan bacaan Surah Yasin dan doa kesuyukuran. Hadir pada malam itu Yang berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Hj Muhammad Taha bin Abd Rauf, Penghulu Mukim Keriam Tutong.
Jumaat – Khatib dan Imam Solat Fardhu Jumaat oleh Yang Mulia Ust Zulkifli bin Hj Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Turut hadir sama Ust Hj Mohd Zain bin Muntol, Ketua Pegawai ugama Daerah Tutong dan Ust Hj Kahar bin Hj Husin, Pmk Pengarah Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.