MELETAKKAN BATU ASAS

Majlis mendirikan tiang ditapak pembinaan masjid baru Kampong Sungai Kelugos Tutong iaitu pada pagi Selasa 25hb Syabaan 1424H bersamaan dengan 21hb Oktober 2003.

Majlis dimulai dengan bacaaan surah Al Fatihah beramai-ramai yang di ketuai oleh Awg Zulkifli bin Hj Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong.

Taklimat mengenai bangunan oleh Arkitek projek Yang Mulia Awg Hj Majid bin Hj Saman.

Di bahagian Tiang Mehrab di mulai oleh :

 Yang berhormat Penin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ust Hj Awg Md Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Manakala dibahagian Tiang Membar di mulai oleh :

 Yang berhormat Dato Seri Setia Dr Awg Hj Ahmad bin Haji Jumaat, Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam.